Wednesday 7 December 2011
Surat Tidak Rasmi
41,JALAN ULAR,
TAMAN CEMPAKA,
31400 IPOH,PERAK.
25.03.2011
Menemui saudara Kumar yang berada di Kuala Lumpur dengan sihat walafiat.Apa khabar saudara dan seisi keluarga di sana?Saya dan keluarga saya berada dalam keadaan sihat dengan kurnia Tuhan yang Maha Esa.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menjemput saudara ke tempat saya semasa cuti sekolah nanti.Terdapat banyak tempat yang menarik di Ipoh.Jika saudara mempunyai masa senggang semasa cuti sekolah nanti,bolehlah datang ke Ipoh.
Saudara,
Kita boleh melawat ke Gua Ipoh.Di dalam gua itu ada sebuah tokong cina.Kita juga boleh memancing ikan di sebuah kolam yang terletak di sisi gua.Kalau saudara hendak membeli barang-barang kenangan boleh dibeli di sana kerana harganya murah.
Kemudian,kita boleh membeli-belah di Pasaraya Giant.Selepas membeli-belah,kita boleh beriadah di sebuah taman permainan.Kita juga boleh menonton filem-filem yang menarik di panggong.
Saudara,
Terdapat banyak lagi tempat pelancongan di sini.Kalau ada masa yang banyak, bolehlah kita melawat tempat-tempat yang menarik lagi.Sudah tentu saudara akan bermesra mengunjungi tempat-tempat itu.
Harap kita akan berjumpa nanti pada cuti sekolah yang akan datang.Sampaikanlah salam saya kepada keluarga saudara.Terima kasih.
Yang Benar,
(M.SUTHARSHINNII)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment