Wednesday 7 December 2011

Karangan Jenis Peribahasa

Peribahasa 'Sebab Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga' bermaksud disebabkan oleh sedikit kesalahan boleh membawa kerosakkan kepada yang banyak.

    Ini kerana setitik nila yang berwarna biru boleh menjejaskan warna sebelanga susu yang berwarna putih jika nila itu jatuh ke dalamnya.

    Perbuatan jahat seseorang boleh menjejaskan nama baik keluarga,masyarakat,atau negaranya.Misalnya seorang murid ditangkap kerana mencuri boleh menyebabkan nama sekolahnya tercemar.Lebih-lebih lagi jika berita tersebut tersiar dalam akhbar.

    Peribahasa ini sama maksudnya dengan peribahasa 'Seeekor Kerbau Membawa Lumpur,Habis Terpalit Semuanya'.Seperti contoh di atas,seluruh masyarakat sekolah mendapat malu kerana perbuatan keji seseorang daripada muridnya.

    Peribahasa ini memberi pengajaran kepada kita supaya jangan melakukan sesuatu perbuatan yang tidak baik.Kesan daripada kelakuan buruk kita itu bukan sahaja menjejaskan nama baik sendiri,malah menyusahkan pihak lain.  

1 comment:

  1. Coin Casino - Best Online Gambling in 2021 - Casinowowowed.com
    Casino has more 인카지노 than 500 games in its arsenal, all with the best of the best casino experience, 1xbet such as the slot machines, roulette, youtube to mp4 blackjack,

    ReplyDelete