Sunday 11 December 2011

Sinonim Dan Antonim


sinonim (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kata seerti.



akal (kata nama)
1. sinonim dengan fikiran:akal budiintelekbudi bicara,kebijaksanaanpertimbangan
 Antonim dengan muslihat:tipu dayahelahhelatdalih,kelentongputar belit

Peribahasa


  • Bagai jelongak kerbau rampung.
Bermaksud:
Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.

  • Bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan.
BErmaksud : Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.

  • Bagai inai dengan kuku
Bermaksud Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati)

  • Bagai geluk tinggal di air.

Bermaksud : Orang yang melarat hanya mengharap bantuan orang. geluk = timba daripada tempurung kelapa.

Saturday 10 December 2011

Simpulan Bahasa


  •  Habis Jadi Abu




Maksud: Musnah.

Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian untuk bergelar juara habis jadi abu.

  • Habis Jodoh
Maksud: Bercerai.
Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah sepuluh tahun berkahwin.

  •  Habis Modal
Maksud:
A) Tidak ada lagi modal yang tinggal.
B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan.
Contoh Ayat:
A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini.
B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk bercakap.

  •  Habis Nyawa = Menghabiskan Nyawa
Maksud:
A) Mati.
B) Menebus dengan nyawa.
Contoh Ayat:
A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa ketika saya menghampirinya.
B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau yang telah membaham ayahnya.

Sajak ( Guru Oh Guru )

Friday 9 December 2011

Penjodoh Bilangan




baris
benda yang berbaris atau manusia yang beratur
Contoh: ayat, kedai, pokok, tulisan, orang
batang
benda yang lurus, panjang dan keras
Contoh: tiang, jalan, gigi, sungai, pensel, rokok, jari
bentukbenda yang kecil berbentuk lengkung
Contoh: cincin, mata kail
berkas
benda yang diikat atau disusun
Contoh: lidi, kayu, pensel, buluh
bidangbenda yang lebar, luas dan rata
Contoh: tanah, kain, ladang

Pantun


Pantun Nasihat





Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati

Tingkap papan kayu bersegi
sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi
tinggi bangsa kerana bahasa

Ada ubi
ada batas;
Ada budi
ada balas

Kata sendi nama



Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.


Contoh :

  • Di 
  • kepada
  • dari 
  • akan
  • ke
  • terhadap dan sebagainya

DI - Pertandingan itu diadakan di Taiping 
      -  Cikgu Baisan mengajar di sekolah itu.

Ke - Mereka akan bertolak ke Melaka pada esok pagi
      - Afiq menunggu Hidayah dari pagi hingga ke malam


Ayat Perintah



 


Ayat Perintah ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menyuruh, mengharap, melarang 
dan mengajak. 
    Contoh :
 i.  Jangan makan sambil berdiri. 
 ii.  Tolong padamkan lampu itu.
iii. Basuh baju itu sekarang . 
iv. Jemputlah datang ke rumah saya. 

Thursday 8 December 2011

KATA PENEGAS





Kata penegas/partikel ialah kata yang berfungsi sebagai penegas atau untuk menguatkan maksud sesuatu pernyataan dalam ayat. Dalam bahasa Melayu baku, kata penegas adalah seperti yang berikut:
Perhatikan penerangan di bawah ini.

  • kah  
- Menguatkan maksud atau soalan. 
contoh :
1. Brapakah usia adik sekarang?
  • lah
-  Melembutkan suara apabila meminta seseorang melaksanakan sesuatu
contoh :
1. " janganlah di ganggu dia lagi " kata Fatin kepada adiknya.

  • tah 
- Menguatkan maksud ayat seru
contoh :
1. Manatah kawan-kawan kamu yang lain.
  • pun 
- Menguatkan atau menegaskan maksud sesuatu ayat pernyataan di dalam ayat penyata
contoh :
1. Sungguhpun badannya kecil, tapi semangatnya sungguh tinggi

Kata Pembenar


Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk mengaskan sesuatu pernyataan.

Kata pembenar yang selalu digunakan ialah ya, benar, dan betul.

Contoh ayat

  • Ya, saya akan datang esok”, kata Zulkefli kepada Mat Jani.
  • Benar, merekalah yang memancing di situ”, kata Ali kepada Padin.
  • Betul, begitulah caranya memotong bawang”, kata ibu kepada adik.


kata Pemeri


Kesilapan Penggunaan  adalah dan ialah

1). Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah

Contoh:

Anak adalah anugerah Allah. (Salah)
Anak ialah anugerah Allah. (Betul)

Pak Mat adalah orang yang pertama menerpka kawasan itu. (Salah)
Pak Mat ialah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Betul)

2).  Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah
Contoh:

Majalah ini ialah untuk kaum wanita sahaja. (Salah)
Majalah ini adalah untuk kaum wanita sahaja. (Betul)

Persembahan itu ialah baik. (Salah)
Persembahan itu adalah baik. (Betul)

3) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja.

Contoh:
Matlamat utama syarikat ini adalah membantu para golongan muda. (Salah )
Usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah. (Salah )

Matlamat utama syarikat ini adalah untuk membantu para golongan muda. (Betul)
Usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah. (Betul)

4) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat.
Contoh:

Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa... (Salah )
Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul )

Adalah dimaklumkan bahawa... (Salah )
Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul)


5) Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerja

Contoh:
Keputusan ini diambil adalah berdasarkan... (Salah)
Keputusan ini diambil berdasarkan... (Betul)

Para pelajar adalah dipelawa memohon... (Salah)
Para pelajar dipelawa memohon... (Betul)






Kata Nafi





Contoh 



  • Bukan
- Di Gunakan untuk membentuk ayat nafi atau negatif daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada kata frasa nama.

 Contoh ayat :

- Basikal itu bukan basikal yang baaru dibelinya
- Ayah saya bukan Doktor
  • tidak
- Di gunakan untuk membentuk ayat nadi atau negatif daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa adjektif dan frasa kerja.

Contoh ayat :
  • Ramlan tidak suka makan sayur
  • Mata parang itu tidak tajam

Kata Majmuk - Terpisah/tercantum

 Kata Majmuk di eja tercantum dan terpisah tetapi tiada sempang ( - )


Contoh Tercantum 

  • Jurumudi
  • Bumiputera
  • Apabila
Contoh Terpisah
  • Buah pinggang 
  • Ganti rugi 
  • Guru besar
  • Hantu Raya
  • Daun pintu

Kata Majmuk - Serangkai


  • Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa hasil yang tertentu
  • Anakanda
  • Antarabangsa
  • Apabila
  • Bendahari 
  • Cenderamata
  • Cintamula
  • Daripada
  • Dermasiswa
  • Dukacita
  • Hulubalang
  • Janakuasa
  • Kadangkala
  • Kakitangan
  • Kerjasama
  • Warganegara

Kata Majmuk

Kata Majmuk


Rangkai Kata Bebas

  • Gambar rajah
  • Terima Kasih
  • Kuning Langsat
  • Perdana Menteri
  • Raja muda

Istilah Khusus
  • Mata pelajaran
  • Kertas Kerja
  • Segi tiga 
  • Reka Bentuk 

Simpulan Bahasa

  • Kaki Ayam
  • Panjang Tangan 
  • Makan Angin
  • Anak Emas
  • Buah Hati

Kata Ganda- Gandaan Separa


 Kata Ganda Separa

1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima
2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Senarai Kata Ganda Separa

  • bebawang
  • bebenang
  • bebudak
  • cecair
  • dedalu
  • dedaun
  • dedawai
  • gegendang
  • geguli
  • jejari
  • jejarum 
  • jejentik 
  • kekabu
  • kekisi
  • kekunci 
  • kekuda 
  • lelaki
  • lelangit
  • lelayang 
  • pepejal 
  • pepijat 
  • pepenjuru 

Kata Ganda - Gandaan Penuh




  1. Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
  2. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan

Contoh :

Gandaan kata namaGandaan Kata kerjaGandaan Adjektif /sifat
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat

Kata Arah


Kata  Arah



kata  arah  ialah  kata  yang  digunakan  untuk  menunjukan  arah,  hala  atau  jurusan.  Dari  segi  penggunaan  kata  arah  
biasanya,  di dahului  oleh  kata  sendi  di, dari  dan  ke. Yang berikut  ialah  contoh  kata  arah  yang  biasa  di gunakan  dalam 
bahasa  melayu.

  • Samping    
  • Timur        
  • Dalam 
  • Kiri 
  • Kanan
  • Seberang 
  • Sekeliling
  • Sebelah


Contoh  ayat.

1.  Pak  Abu  mencampak  sampah  sarap  ke  dalam  perigi  buta.
2.  Di  hujung  jalan  sana,  akan  di  didirikan  sebuah  pondok  tempat  menunggu  bas. 
3.  Ayah  menyimpan  guni-guni  beras  di  belakang  rumah.

Pengenalan



KRT 3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
KUMPULAN EL-S01
BAISAN BINTI SARIKAL D 20102042069
PENSYARAH : PN SAIRA BANU

Sekapur sireh…
       Selamat datang ke laman blog saya.Ini merupakan blog pertama saya.Syukur alhamdullilah, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan blog ini walaubagaimanapun tidak seindah rupa.Setinggi ucapan terima kasih kepada pensyarah yang dihormati, buat suami dan anak-anak tercinta terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada saya selama ini.
        Blog yang saya hasilkan memfokuskan kepada mata pelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah, di mana terdapatnya topik-topik dari segi sistem tatabahasa dan jenis-jenis karangan berformat dan tidak berformat.
        Matlamat blog saya ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemampuan murid dalam melayari ICT dalam pembelajaran mereka khususnya mata pelajaran bahasa Malaysia.Melalui blog ini murid-murid boleh menggunakan kemahiran mereka untuk mengulangkaji dan membuat latihan.

Wednesday 7 December 2011

Karangan Jenis Peribahasa

Peribahasa 'Sebab Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga' bermaksud disebabkan oleh sedikit kesalahan boleh membawa kerosakkan kepada yang banyak.

    Ini kerana setitik nila yang berwarna biru boleh menjejaskan warna sebelanga susu yang berwarna putih jika nila itu jatuh ke dalamnya.

    Perbuatan jahat seseorang boleh menjejaskan nama baik keluarga,masyarakat,atau negaranya.Misalnya seorang murid ditangkap kerana mencuri boleh menyebabkan nama sekolahnya tercemar.Lebih-lebih lagi jika berita tersebut tersiar dalam akhbar.

    Peribahasa ini sama maksudnya dengan peribahasa 'Seeekor Kerbau Membawa Lumpur,Habis Terpalit Semuanya'.Seperti contoh di atas,seluruh masyarakat sekolah mendapat malu kerana perbuatan keji seseorang daripada muridnya.

    Peribahasa ini memberi pengajaran kepada kita supaya jangan melakukan sesuatu perbuatan yang tidak baik.Kesan daripada kelakuan buruk kita itu bukan sahaja menjejaskan nama baik sendiri,malah menyusahkan pihak lain.  

Karangan Jenis Fakta

Merokok adalah tabiat yang berbahaya kepada semua manusia.  
Jika anda tidak merokok,jangan mulakan kerana dalam jangka panjang,ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.Tidak merokok & berhenti merokok itu amat penting.Merokok juga mencemarkan udara bersekeliling kita.  
 
     Merokok akan membahaya,diri tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok/menyedut asap merokok daripada perokok lain.Berhenti merokok dalam tempah 3-5thn,mengurangkan risiko mendapat kanser sebanyak 50%.Tiada risiko mendapat kanser mulut jika tidak berhenti merokok melebihi 10thn.Apabila tabiat merokok dapat diberhentikan,keadaan gusi[periodontium] juga akan bertambah baik/pulih.  
 
     Keburukan merokok boleh mendatangkan pelbagai-jenis masalah gigi.Keburukan merokok haruslah diberitahu kepada kanak supaya tidak merokok.Antara masalah gigi adalah,gigi berkarat,nafas berbau,penyakit gusi dan kanser mulut.Oleh sebab itu,kita haruslah menjauhi daripada merokok/menyedut asap merokok supaya tidak mengalami penyakit gigi ini.  
 
     Seorang perokok bukan sahaja mengalami penyakit gigi ,malah ia juga dikaitkan dengan masalah perubatan.Masalah perubatan ini boleh perokok mati pucuk.Contoh-contoh masalah perubatan ialah kanser paru-paru,tekanan darah tinggi,strok & penyakit jantung.Oleh itu,kita hendaklah menjauhi daripada perokok lain supaya kita dapat meneruskan hidupan yang berbahagia.  
 
     Pengunaan bahan kumuran dan ubat gigi mungkin berkesan menaggalkan karat.Gigi & menyegarkan bau nafas perokok,ianya tidak boleh menyebuh kerosakan/penyakit yang disebabkan oleh asap rokok.Yang perlu dilakukan jika anda seorang perokok ialah anda perlu membuang tabiat merokok,melakukan pemeriksaan mulut sendiri dan dapatkan pemeriksaan pergigian berkala di klinik pergigian.Justeru,seorang perokok haruslah menjalani peperiksaan gigi di klinik pergigian.  
 
Kesimpulanya,bukan sahaja senang untuk membuang ketagihkan merokok.Anda memerlukan kekuatan mental untuk membuang tabiat ini.Seorang perokok haruslah tetapkan tarikh untuk berhenti merokok,membuat nota peringatan,bersikap yakin & dapatkan sokongan daripada ahli keluarga.Ada beberapa cara untuk memberhetikan merokok,mengunyah gula getah,lakukan senaman,mandi dengan lebih kerap,gunakan terapi gantian nikotin.

Kaangan Jenis Dialog/Temuramah

PUAN HIDAYAH : FATIN,PERTANDINGAN SYARAHAN AKAN DIADAKAN TIDAK  
LAMA LAGI.SUDAHKAH KAMU EDARKAN SURAT PANGGILAN MESYUARAT KEPADA SEMUA AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN BAHASA MALAYSIA?  
 
FATIN : SUDAH,PUAN.SEGALA PERSIAPAN MESYUARAT JUGA SUDAH SAYA ATUR PUAN.  
 
PUAN HIDAYAH : BAGUS,FATIN. KITA MESTILAH BERTINDAK DENGAN SEGERA KERANA PERTANDINGAN SYARAHAN AKAN DIADAKAN TIDAK LAMA LAGI.SAYA BERHARAPMAJLIS ITU NANTI AKAN BERJALAN DENGAN BAIK.  
 
FATIN : SIAPAKAH TETAMU KEHORMAT YANG AKAN HADIR,PUAN?  
 
PUAN HIDAYAH : YANG BERHORMAT DATO AFIQ,WAKIL RAKYAT KAWASAN INI IALAH TETAMU KEHORMAT YANG AKAN HADIR.  

Karangan Jenis Ucapan/Syarahan

Yang berusaha Tuan Pengurusi Majlis,barisan hakim yang adil lagi bijaksana,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Salam sejahterah saya ucapkan.Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah 'Kepentingan Menjagai Kebersihan Diri'      
              
Hadirin sekalian,      
         Menjaga kebersihan diri adalah penting untuk kesihatan.Ia juga boleh menjauhkan kita daripada penyakit.Oleh itu,marilah kita mengamalkan sifat suka pada kebersihan.      
 
Hadirin yang dikasihi.      
                 Menjaga kebersihan diri seperti badan,rambut,gigi dan kuku adalah sangat penting.Amalan tersebut boleh menhidari kita daripada bakteria yang berbahaya.Selain itu,mnjaga kebersihan pakaian juga mesti diutamakan.Pakaian yang bersih menjadikan kita selesai.      
 
Hadirin yang dihormati,      
                Oleh itu,marilah kita sama-sama menjaga kebersihan agar kehidupan kita lebih bahagia dan ceria.Sekian syarahan saya pada kali ini.Terima kasih.   

Karangan Jenis Laporan atau Berita

KUALA LUMPUR, 16 November 2009 : Semangat jitu dan saling bertolak ansur menjadi kunci utama pasangan suami isteri Rosli Juhari Zahari, 34, dan Wan Norzukiraini Wan Naman, 34, berjaya menamatkan pengajian ijazah Matematik di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Pasangan yang berasal dari Kelantan itu juga berkata, berkongsi minat yang sama memudahkan pembelajaran selain bijak membahagi masa menyumbang kepada kejayaan mereka menamatkan pengajian jarak jauh selama empat tahun itu.

"Kebetulan saya dan isteri bertugas sebagai guru Matematik di sekolah rendah, maka tidak menjadi masalah bagi kami menelaah pelajaran. Kami juga kerap belajar secara berkumpulan.

"Tolak ansur dalam pembahagian masa juga membantu proses pembelajaran, contohnya jika saya belajar dan ke kelas, isteri akan menjaga anak dan menguruskan rumah tangga dan sebaliknya," kata Rosli selepas menerima ijazah pada Konvokesyen OUM, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Ibu dan bapa kepada tiga orang anak itu berkata, sokongan orang sekeliling, termasuk anak-anak menguatkan semangat mereka untuk menamatkan pengajian.

Wan Norzukiraini yang juga sedang hamil lima bulan berkata, menjadi isteri dan ibu tidak menghalangnya mencapai kejayaan berkenaan.

"Jangan cepat putus asa untuk belajar walaupun sudah bekerja atau berkahwin, anggap ia sebagai satu usaha membantu keluarga dan tanamkan pada diri jika isteri dan ibu lain mampu buat, kita juga boleh lakukannya,” katanya.

Pasangan itu melahirkan hasrat untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat sarjana di universiti tempatan dalam masa terdekat. 

Surat Tidak Rasmi

                             
                                                                                41,JALAN ULAR,
                                                                                TAMAN CEMPAKA,
                                                                                31400 IPOH,PERAK.
                                                    
                                                                                 25.03.2011


        Menemui saudara Kumar yang berada di Kuala Lumpur dengan sihat walafiat.Apa khabar saudara dan seisi keluarga di sana?Saya dan keluarga saya berada dalam keadaan sihat dengan kurnia Tuhan yang Maha Esa.

        Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menjemput saudara ke tempat saya semasa cuti sekolah nanti.Terdapat banyak tempat yang menarik di Ipoh.Jika saudara mempunyai masa senggang semasa cuti sekolah nanti,bolehlah datang ke Ipoh.

        Saudara,
        
        Kita boleh melawat ke Gua Ipoh.Di dalam   gua itu ada sebuah tokong cina.Kita juga boleh memancing ikan di sebuah kolam yang terletak di sisi gua.Kalau saudara hendak membeli barang-barang kenangan boleh dibeli di sana kerana harganya murah.

        Kemudian,kita boleh membeli-belah di Pasaraya Giant.Selepas membeli-belah,kita boleh beriadah di sebuah taman permainan.Kita juga boleh menonton filem-filem yang menarik di panggong.

        Saudara,

        Terdapat banyak lagi tempat pelancongan di sini.Kalau ada masa yang banyak, bolehlah    kita melawat tempat-tempat yang menarik lagi.Sudah tentu saudara akan bermesra mengunjungi tempat-tempat itu.

        Harap kita akan berjumpa nanti pada cuti sekolah yang akan datang.Sampaikanlah salam saya kepada keluarga saudara.Terima kasih.

                                                                                
                                                                     Yang Benar,

                                                                 (M.SUTHARSHINNII)  

Karangan Jenis Autobiografi

  


 Aku ialah sebuah komputer. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di barat Sabah.Setelah aku siap, aku dan kawan - kawan dibawa naik ke lori dan di hantar ke sebuah kedai.                

         Setelah sampai di kedai, aku diletakkan dibilik stor.Keesokan paginya aku mula dipamerkan di dalam kedai, dalam beberapa jam seorang pemuda kaya datang untuk membeli ku dan aku bersedia berkhidmat untuknya.

         Aku telah menjadi milik pemuda itu.Aku dibawa ke rumahnya.Rumahnya sangat cantik dan besar .Aku disimpan di bilik tuan ku.Aku sempat terlihat sebuah komputer yang lebih tua dari ku, tetapi dia sudah rosak.Justeru, aku berasa bimbang kalau aku dijangkiti virus tetapi tuanku menggunakan aku dengan berhati - hati, aku bertuah kerana tuanku sangat baik hati tuanku memasang anti-virus yang canggih untuk aku.Aku digunakan untuk menyelesaikan dan menyiapkan kerja tuanku.

Begitulah hidup seharian ku.Aku gembira kerana aku masih
berkhidmat dengan baik.

 

Tuesday 15 November 2011

Surat Rasmi


Nurfatihah Binti Ismadeiy,
Kg Kulambai, Peti Surat 104,

89158 Kota Belud,
Sabah.
__________________________________________________________

Ketua Polis Daerah Bentong,
Ibu Pejabat Polis Daerah,
28700 Bentong,
Pahang Darul Makmur.                                                                                   28hb Julai 2011

Tuan,
Rayuan Mengurangkan Kadar Saman, No Saman 6534, No Kenderaan sk9885. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Murujuk kepada perkara di atasm saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk mengurangkan kadar saman yang dikenakan ke atas saya.

2. Saya merayu agar kadar saman yang dikenakan ke atas saya dikurangkan kerana:-
i) Masalah keewangan, bebanan keluarga yang tinggi.
ii) Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan saya di masa hadapan.

3. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa baik pihak tuan.


Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,

_____________________
(Nurfatihah Binti Ismadeiy)

Tuesday 8 November 2011

TMK-KRT-3013


TUGASAN   KRT3013 TMK..
1. Tugasan 1A  - Forum 10%
                       -tarikh akhir 3/10/2011

2. Tugasan 1B – Esei 20%
- Secara individu
- Cara hantar emel kepada pensyarah mengikut
Kumpulan
- 4 hingga 5 m/s sahaja dalam format pdf/doc/mana-mana format yg bersesuaian
       Soalannya:
  Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses P&P di bilik
  darjah .Sebagai guru di sekolah rendah,jelaskan isu berikut:
1. Kenalpasti masalah pengajaran di dalam bilik darjah
2. Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu menyelesaikan masalah dalam (1)

3. Tugasan  1C – Pembangunan Blog 30% - Blogger
- Link blog perlu diletakkan dalam MyGuru
- Markah akan di beri mengikut perkembangan blog
- Tarikh akhir 12/Dis/2011