Wednesday, 7 December 2011

Karangan Jenis Autobiografi

  


 Aku ialah sebuah komputer. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di barat Sabah.Setelah aku siap, aku dan kawan - kawan dibawa naik ke lori dan di hantar ke sebuah kedai.                

         Setelah sampai di kedai, aku diletakkan dibilik stor.Keesokan paginya aku mula dipamerkan di dalam kedai, dalam beberapa jam seorang pemuda kaya datang untuk membeli ku dan aku bersedia berkhidmat untuknya.

         Aku telah menjadi milik pemuda itu.Aku dibawa ke rumahnya.Rumahnya sangat cantik dan besar .Aku disimpan di bilik tuan ku.Aku sempat terlihat sebuah komputer yang lebih tua dari ku, tetapi dia sudah rosak.Justeru, aku berasa bimbang kalau aku dijangkiti virus tetapi tuanku menggunakan aku dengan berhati - hati, aku bertuah kerana tuanku sangat baik hati tuanku memasang anti-virus yang canggih untuk aku.Aku digunakan untuk menyelesaikan dan menyiapkan kerja tuanku.

Begitulah hidup seharian ku.Aku gembira kerana aku masih
berkhidmat dengan baik.

 

No comments:

Post a Comment