Showing posts with label TATABAHASA. Show all posts
Showing posts with label TATABAHASA. Show all posts

Sunday, 11 December 2011

Sinonim Dan Antonim


sinonim (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kata seerti.



akal (kata nama)
1. sinonim dengan fikiran:akal budi, intelek, budi bicara,kebijaksanaan, pertimbangan, 
 Antonim dengan muslihat:tipu daya, helah, helat, dalih,kelentong, putar belit, 

Peribahasa


  • Bagai jelongak kerbau rampung.
Bermaksud:
Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.

  • Bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan.
BErmaksud : Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.

  • Bagai inai dengan kuku
Bermaksud Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati)

  • Bagai geluk tinggal di air.

Bermaksud : Orang yang melarat hanya mengharap bantuan orang. geluk = timba daripada tempurung kelapa.

Saturday, 10 December 2011

Simpulan Bahasa


  •  Habis Jadi Abu




Maksud: Musnah.

Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian untuk bergelar juara habis jadi abu.

  • Habis Jodoh
Maksud: Bercerai.
Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah sepuluh tahun berkahwin.

  •  Habis Modal
Maksud:
A) Tidak ada lagi modal yang tinggal.
B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan.
Contoh Ayat:
A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini.
B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk bercakap.

  •  Habis Nyawa = Menghabiskan Nyawa
Maksud:
A) Mati.
B) Menebus dengan nyawa.
Contoh Ayat:
A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa ketika saya menghampirinya.
B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau yang telah membaham ayahnya.

Friday, 9 December 2011

Penjodoh Bilangan




baris
benda yang berbaris atau manusia yang beratur
Contoh: ayat, kedai, pokok, tulisan, orang
batang
benda yang lurus, panjang dan keras
Contoh: tiang, jalan, gigi, sungai, pensel, rokok, jari
bentukbenda yang kecil berbentuk lengkung
Contoh: cincin, mata kail
berkas
benda yang diikat atau disusun
Contoh: lidi, kayu, pensel, buluh
bidangbenda yang lebar, luas dan rata
Contoh: tanah, kain, ladang

Kata sendi nama



Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.


Contoh :

  • Di 
  • kepada
  • dari 
  • akan
  • ke
  • terhadap dan sebagainya

DI - Pertandingan itu diadakan di Taiping 
      -  Cikgu Baisan mengajar di sekolah itu.

Ke - Mereka akan bertolak ke Melaka pada esok pagi
      - Afiq menunggu Hidayah dari pagi hingga ke malam


Ayat Perintah



 


Ayat Perintah ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menyuruh, mengharap, melarang 
dan mengajak. 
    Contoh :
 i.  Jangan makan sambil berdiri. 
 ii.  Tolong padamkan lampu itu.
iii. Basuh baju itu sekarang . 
iv. Jemputlah datang ke rumah saya. 

Thursday, 8 December 2011

KATA PENEGAS





Kata penegas/partikel ialah kata yang berfungsi sebagai penegas atau untuk menguatkan maksud sesuatu pernyataan dalam ayat. Dalam bahasa Melayu baku, kata penegas adalah seperti yang berikut:
Perhatikan penerangan di bawah ini.

  • kah  
- Menguatkan maksud atau soalan. 
contoh :
1. Brapakah usia adik sekarang?
  • lah
-  Melembutkan suara apabila meminta seseorang melaksanakan sesuatu
contoh :
1. " janganlah di ganggu dia lagi " kata Fatin kepada adiknya.

  • tah 
- Menguatkan maksud ayat seru
contoh :
1. Manatah kawan-kawan kamu yang lain.
  • pun 
- Menguatkan atau menegaskan maksud sesuatu ayat pernyataan di dalam ayat penyata
contoh :
1. Sungguhpun badannya kecil, tapi semangatnya sungguh tinggi

Kata Pembenar


Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk mengaskan sesuatu pernyataan.

Kata pembenar yang selalu digunakan ialah ya, benar, dan betul.

Contoh ayat

  • “Ya, saya akan datang esok”, kata Zulkefli kepada Mat Jani.
  • “Benar, merekalah yang memancing di situ”, kata Ali kepada Padin.
  • “Betul, begitulah caranya memotong bawang”, kata ibu kepada adik.


kata Pemeri


Kesilapan Penggunaan  adalah dan ialah

1). Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah

Contoh:

Anak adalah anugerah Allah. (Salah)
Anak ialah anugerah Allah. (Betul)

Pak Mat adalah orang yang pertama menerpka kawasan itu. (Salah)
Pak Mat ialah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Betul)

2).  Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah
Contoh:

Majalah ini ialah untuk kaum wanita sahaja. (Salah)
Majalah ini adalah untuk kaum wanita sahaja. (Betul)

Persembahan itu ialah baik. (Salah)
Persembahan itu adalah baik. (Betul)

3) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja.

Contoh:
Matlamat utama syarikat ini adalah membantu para golongan muda. (Salah )
Usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah. (Salah )

Matlamat utama syarikat ini adalah untuk membantu para golongan muda. (Betul)
Usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah. (Betul)

4) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat.
Contoh:

Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa... (Salah )
Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul )

Adalah dimaklumkan bahawa... (Salah )
Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul)


5) Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerja

Contoh:
Keputusan ini diambil adalah berdasarkan... (Salah)
Keputusan ini diambil berdasarkan... (Betul)

Para pelajar adalah dipelawa memohon... (Salah)
Para pelajar dipelawa memohon... (Betul)






Kata Nafi





Contoh 



  • Bukan
- Di Gunakan untuk membentuk ayat nafi atau negatif daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada kata frasa nama.

 Contoh ayat :

- Basikal itu bukan basikal yang baaru dibelinya
- Ayah saya bukan Doktor
  • tidak
- Di gunakan untuk membentuk ayat nadi atau negatif daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa adjektif dan frasa kerja.

Contoh ayat :
  • Ramlan tidak suka makan sayur
  • Mata parang itu tidak tajam

Kata Majmuk - Terpisah/tercantum

 Kata Majmuk di eja tercantum dan terpisah tetapi tiada sempang ( - )


Contoh Tercantum 

  • Jurumudi
  • Bumiputera
  • Apabila
Contoh Terpisah
  • Buah pinggang 
  • Ganti rugi 
  • Guru besar
  • Hantu Raya
  • Daun pintu

Kata Majmuk - Serangkai


  • Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa hasil yang tertentu
  • Anakanda
  • Antarabangsa
  • Apabila
  • Bendahari 
  • Cenderamata
  • Cintamula
  • Daripada
  • Dermasiswa
  • Dukacita
  • Hulubalang
  • Janakuasa
  • Kadangkala
  • Kakitangan
  • Kerjasama
  • Warganegara

Kata Majmuk

Kata Majmuk


Rangkai Kata Bebas

  • Gambar rajah
  • Terima Kasih
  • Kuning Langsat
  • Perdana Menteri
  • Raja muda

Istilah Khusus
  • Mata pelajaran
  • Kertas Kerja
  • Segi tiga 
  • Reka Bentuk 

Simpulan Bahasa

  • Kaki Ayam
  • Panjang Tangan 
  • Makan Angin
  • Anak Emas
  • Buah Hati

Kata Ganda- Gandaan Separa


 Kata Ganda Separa

1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima
2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Senarai Kata Ganda Separa

  • bebawang
  • bebenang
  • bebudak
  • cecair
  • dedalu
  • dedaun
  • dedawai
  • gegendang
  • geguli
  • jejari
  • jejarum 
  • jejentik 
  • kekabu
  • kekisi
  • kekunci 
  • kekuda 
  • lelaki
  • lelangit
  • lelayang 
  • pepejal 
  • pepijat 
  • pepenjuru 

Kata Ganda - Gandaan Penuh




  1. Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
  2. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan

Contoh :

Gandaan kata namaGandaan Kata kerjaGandaan Adjektif /sifat
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat

Kata Arah


Kata  Arah



kata  arah  ialah  kata  yang  digunakan  untuk  menunjukan  arah,  hala  atau  jurusan.  Dari  segi  penggunaan  kata  arah  
biasanya,  di dahului  oleh  kata  sendi  di, dari  dan  ke. Yang berikut  ialah  contoh  kata  arah  yang  biasa  di gunakan  dalam 
bahasa  melayu.

  • Samping    
  • Timur        
  • Dalam 
  • Kiri 
  • Kanan
  • Seberang 
  • Sekeliling
  • Sebelah


Contoh  ayat.

1.  Pak  Abu  mencampak  sampah  sarap  ke  dalam  perigi  buta.
2.  Di  hujung  jalan  sana,  akan  di  didirikan  sebuah  pondok  tempat  menunggu  bas. 
3.  Ayah  menyimpan  guni-guni  beras  di  belakang  rumah.